Thursday, 15 October 2020

2020

 Assalamualaikum. Hai semua. Haha, finally dah ingat emel and password yg register utk blog ni. Saja tadi masa rehat, teringat blog lama. Sekali bila cek, last update 2 tahun lepas. Masa habis master. Haha. 

Sekarang dah tahun 2020. Satu dunia dikejutkan dengan virus covid-19. 1 dunia terkesan. Even aku dan kerja terkesan. Sebab tak boleh buat sales masa PKP hari tu. Ni tengah struggle balik nak buat sales. Alhamdulliah, sedar tak sedar dah hampir 3 tahun woi kerja aeon credit kat sunway ni. Siapa sangka konon nak stay 6 bulan je? 

Tapi in future kita tak tau la. Aku dah 27 tahun. Dah dewasa. Mula2 update blog ni masa aku masih remaja. Haha, masih tak matang. Sekarang, kakak and kembar dah kahwin. Yg along bakal bersalin tak lama lagi. Isyh, cepat gila masa berlalu. Mungkin next update dalam beberapa tahun lagi. Haha. Tengok2 gambar lama2 dalam blog ni. Ya ampun, rindu sangat.. Tapi, ye lah kita kena bersedia untuk sekarang dan masa akan datang.

Next, aku menunggu rumah mama papa siap kat Jeram. InsyaAllah, tak lama lagi semua akan pindah ke area KL & Selangor kecuali angah la sbb dia punya laki orang Perak. Haha. Diharapkan bila pindah ke Selangor ni, segala masalah antara saudara kat Kelantan settle la. Malas nk bawak panjang2.


Hurm.. So itu je kot bebelan dan update untuk tahun 2020 ni. LOL... See you when I see you. LOVEđź’–

Sunday, 26 August 2018

Alhamdulillah

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.. Aku berjaya tamatkan ijazah sarjana sains aku di UM dalam tempoh 2 tahun. Yup, seblum ni aku cakap aku hampir give up. Tapi aku just buat apa yang aku rasa aku mampu. Syukur k hadrat ilahi, aku berjaya tamatkan semuanya. Mungkinpost berikutnya pada bulan 10.. Beserta gambar graduasi aku. Hehe

bye

Tuesday, 3 July 2018

Setelah 4 bulan bekerja

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, dah nak masuk 4 bulan rupanya aku kerja kat tempat baru ni. Sebelum ni post aku cakap yang aku tak boleh buat sales la, penat la.. Tapi indahnya aturan Allah. Bulan lepas iaitu bulan ke 3, aku berjaya pecahkan record tempat kerja tu tau. Aku lulus RM206K loan. Alhamdulillah. Kalau nak 100% perlukan 170K, and aku melepasi tahap tu. Alhamdulillah, siapa sangka oi. Sampai nak nangis tau... Cuma, Allah dah tetapkan kat aku bahawa aku cuma dapat loan je, kad kredit aku tak lepas. Namu, aku bersyukur dengan segala aturan NYA... nak dijadikan cerita, aku dah pindah area Sunway. Dekat sangat ngan tempat kerja. Masyuk oii... 5 minit je dah sampai sebab aku bawak motor. heheeee.... Kan, siapa sangka aku boleh pindah sini? Semata mata nak kerja lama kat sini.

Ohh btw my thesis still killing me.. I takde mood gila nak habiskan master. Rasa nak give up but I dah bayar yuran memahal. I can do it. I believe I can do it. Antara nak dengan tak nak je... Insya Allah by this month aku siapkan. Kita tunggu update post berikutnay pasal aku graduate.. Amin...

Bye..

Saturday, 21 April 2018

Perjalanan seorang insan dewasa

Assalamualaikum..


Lama gila tak menaip dalam blog ni. Tak ingat dah bila last aku update dalam blog ni.. Sekarang jam 1,34 pm, hari ahad. Minggu kedua aku kerja sebagai sales excecutive di Aeon Credit Service kat Sunway Pyramid. Dan juga semester terakhir aku (insyaAllah) sebagai pelajar master in science kat UM. Tak sangka kan, kejap je masa berlalu. Dan aku, masih struggle mencari jalan untuk survive. Untuk miliki harta sendiri. Masih jauh. Nak berkeluarga? Lagi la aku x sedia. Hidup bujang pon dan susah, dah kawin nanti camne? Unless la kalau aku dapat suami kaya. haha..

Ok, aku dah stop bekerja di wariscan. menyesal jugak la sebab berhenti. Sepatut aku tunggu sampai habis master baru stop. Nak salahkan siapa? Salah kan diri sendiri sebab keputusan terburu buru, serius. Sebab masa kat wariscan, kerja office hour. X perlu buat sales. Tapi, kerja baru sekarang. MasyaAllah, penatnya. Penat mental. tambah2 bila boss ko letak harapan tinggi kat ko. Stress tau.

Aku masuk kerja baru melalui Mustaqim, aku tak nak la kerja kejap nak resign. nanti burukkan nama dia. Aku kena bertahan 6 bulan je. Lpas graduate, aku cari balik hala tuju kehidupan aku. Tak mudah tau.. Bila jadi dewasa ni. Semua kena fikir, and I know kenapa sampai ada yang buat keputusan untuk bunuh diri. Stress. Semoga Allah lindungi aku dari perkara tak baik.

Sepatutnya aku siapkan assignment hari ni. Tapi, aku selalu x de mood. Dan kadang2 aku rasa aku ada malash short term memory loss. Sebab, kat tempat kerja baru ni, aku x dapat fokus. Aku dengar macam masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Semua yang boss ajar, aku lupa. Dasar Nasuha otak problem. Sepatutnya minggu depan dah boleh settle sendiri. Jom nasuha. berazam! kita boleh buat!

Chaiyok Nasuha.

Biar susah hari ni, jangan susah di hari tua.. pesanan papa bila aku mengadu susahnya kerja ni.

You can do it Nasuha!

Sunday, 20 August 2017

Serabut

Assalamualaikum .. Lamanya tak mnulis isi hati. haha, now aku tgah demam. Mungkin sebab stress. Banyak benda aku pikir. Kerja dan research. Macam Dr Is cakap, aku kemungkinan akan gagal. So, aku dah down gila. Rasa macam nak give up master. Rasa macam tersalah buat pilihan. Pilihan tajuk research. kenapalah Nasuha selalu salah buat pilihan?? Dan serabut dengan diri sendiri sbab tak mampu balas jasa mama papa. Like anak tak guna.

Sunday, 28 May 2017

Musim Exam

Assalamualaikum.

Lama betul tak update, sebab tak de benda yang menarik untuk ditulis kot. Haha, yup sekarang musim exam. oh lupa, sekarang jugak tengah bulan Ramadhan. Tak lama lagi syawal bakal menjelma. Tapi, tak rasa lagi semangat nak raya tu. Maklumlah, ada exam dan juga research yang menunggu. InshaAllah, next week collect data untuk research dan jugak study week. Study hard Nasuha! Dean list again.. Chaiyok!

Saturday, 18 March 2017

Master of Science, Technology and Sustainability at UM

Assalamualaikum. Lama jugak tak update blog kan. So, now aku tengah berada dalam keadaan tak ada mood nak buat apa apa. Apa-apa yang dimaksudkan tu kerja rumah, kerja master, kerja kerjaa... Serius, I wish masa terhenti kat weekend ni. Haha, nampak tak dah tak de mood untuk semua. Dah malas nak buat apa apa... T..T

Ok, dalam minggu ni masalah kerinduan melampau lampau. Bila duk saje je, sang Syaiton datang membisikkan memori dulu. Haha, serius. Sangat rindu kat someone tu. Tapi bila ego kan... Dia mesej pon aku tak nak balas. Aku biarkan bluetick. Padahal, rindu ya ampunnnnn.... :(

Ingat senang nak lupakan, cisss. Susah oo.. Kerja banyak, tapi emosi nak menguasai.. Sigh.. Thats why aku cuba alih perhatian dengan cara cuba nak fefeeling kat orang lain. Senang cakap, aku nak cipta crush baru supaya aku dapat move on.. Sesi luahan hati lak, sila muntah.. hahaaa. Guys, nak bagitau ni. Siapa cakap orang perempuan cepat move on? No guys.... Amik masa ooooo.... ok dahh.. Asal taip post kali nin nak citer sal perjalanan master aku tapi terjadi sesi luahan pulak.

Ok, straight to the point. Master in Science, Technology and Sustainability at University Malaya. Yup, itu kos yang aku pilih. Bycourse. Maksudnya kena pergi kelas macam masa zaman ijazah dulu. yang special nya, kelas kitaorang hanya pukul 6 petang sampai 9 malam. tapi biasanya tak lama macam tu la. kenapa dia buat malam? Sebab kebanyakan pelajar master yg amik bycourse ni pekerja. Kira lepas waktu kerja, terus datang kelas. Macam aku. But, masa mula mula aku amik kos ni. Aku nak escape dari research, tapi salah guys.. kami ada research jugak. 12 kredit. Tapi research dia lebih kurang macam FYP/VIVA masa degree dulu. So far, amik master by course kat UM ni ok. Ramai or senang cakap majoriti dapat GPA 3.5 above. Kenapa? Sebab untuk lulus tanpa repeat paper dalam kos master di UM ni, kitaorang kena dapat grade at least B+. Maksudnya, kalau dapat B or B-, or lagi bawah dari tu. Memang kena repeat. Syarat nak graduate mesti pointer 3.00 above. Sebab tu tak boleh dapat bawah dari B+. Owh, one more thing. Bila amik master bycourse, kena siap sedia la untuk assignment yang tahap master. 60% carry mark come from your assignments and presentation. Yup, sangat banyak assignment and presentation. Tapi tak de la sampai tahap depressed sebab banyak sangat. Hahaaa.. Ok, so far tu je dulu untuk perkongsian. Bye byeee..

Tuesday, 31 January 2017

24 tahun

Assalamualaikum. lamanya tak update blog. Zaman dulu blog memang femes. Semua buat, aku pun buat. Tapi zaman sekarang, blog dah dilupakan. haha. Dah tak ada konsep tulis dalam blog. But, for me. Aku jenis setia. ececee.. haha, setia pada yang satu. blog ni la. Sebab blog ni banyak simpan kenangan. Kalau tengok dalam list draft aku. Seram. Haha, sesi luahan perasaan yang tak patut diluahkan. Tapi ye lar, tu zaman tak matang. Zaman kejahilan di mana aku rasa aku je yang betul. Kawan yang tegur aku tu salah. Kita belajar dari kesilapan. Masa akan mendewasakan kita. Now, aku dah 24 tahun. Sangat tua guys. InshaAllah blog ni akan aku simpan as kenangan. mana tau husband aku boleh baca and kenal aku dulu camne. Mana tau ada rezeki, anak anak aku pulak baca. Aku pun nak suruh anak anak aku nanti tulis diari at least seminggu sekali. Bukan apa, aku boleh tau macam mana ehidupan anak aku. haha, tiba tiba termasuka pasal anak. Jujur, di uisa 24 tahu. Mesti kau terasa nak kahwin, nak ada anak kan. Tak yah tipu la kalau tak de perasaan tu. Aku pun sama. Tapi aku belum rasa yang sekarang saat yang sesuai untuk aku. Aku dengan pelajaran aku. Dengan kerja yang tak tau apa apa lagi. Dengan pasangan yang belum muncul muncul. So, harapnya mama papa saya mengerti keadaan anakmu ini. Janganlah memaksa dan bertanya mengenai kahwin. Haha. Sebab angah bakal kahwin next year, inshaAllah. Jangan sangka aku pun akan turut serta. Haha, rasa macam lambat je lagi. Takpe, kita tunggu. Andai Allah kata, nah su, jodoh kau dah sampai. Dah sampai seru. Maka, aku sahutlah seruan itu. haha. ok dah tu je. bye2. Assalamualaikum.

Monday, 17 October 2016

many things happen

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hi, lama nya tak update blog. lupa emel dan password and setelah puas memerah otak untuk ingat. tadaaaa... berjaya... heee, kan. banyak benda berlaku. sepanjang masa aku tak update blog. ok first, aku di UM guys. Alhamdulillah dapat tawaran sambung belajar in Mastero of Science/.. Then, sekarang aku tengah menaip menggunakan laptop di galeri seni. haha, pasai apa? sebab aku kerja kat sana. Yup, kerja. Jangan risau, tak menganggu pelajaran. Sebab? Kelas untuk kos aku hanyalah dari jam 6 petang sampai 9 malam. So, better kerja kan pagi? haha.. Then apa ea.. hurm,. yeaa, aku baru tau housemate aku sekarang ni gf azri aizat. kahkah. Tak perlu explain panjang la pasal siapakah dia. haha. Dia cuma budak sekelas masa zaman asasi dulu. Dan... aku eksiden :( masa mula2 amik motor yang papa pos. Dan aku eksiden macam mana? Aku press kuat sangat dan tak sempat brek dan terlanggar kawan aku punya motor. kebaboomm. dua2 terbaring atas jalan. haha, serius first time rasa camtu. Tu la, nak sangat rasa eksiden kan.. Sekali tuhan bagi. Amik ko. Alhamdulillah tak teruk mana tapi perasaan bersalah tu memang sangat teruk. Sebab aku langgar kawan aku yang tolong aku amik motor!! Damn.. What a bad friend right? Then, misi mencari jodoh masa barjalan setelah jodoh dengan Ahmad hanya di pertengahan jalan. Yup, Ahmad. Kawan aku zaman asasi dan berjumpa balik di UM dan ada aral melintang. Memaksa kami berhenti di tengah jalan. So, now Im still single and available. kah kah.. sesi mempromosikan diri.. heheeee.. ok la. stop sini dulu.. oh yea, im on diet. baru 2 hari sebab bila tengok cermin rasa dah gemok sangat!! DIET. hee. ok bye2..


Friday, 11 March 2016

Blog berhabuk

Assalamualaikum. fuhhh, lamanya tak uodate blog. Dah berhabuk rasanya bersama dengan laptop ni berhabuk. Sebabnya laptot aku rosak masuk bengkel selama beberapa bulan. kesnya adik aku la langgar laptop aku sampai pecah. Sedih, kecewa tak payah cakap la. So, hari ini dapat semula laptop. Dan....... masih belum pulih sepenuhnya laptop ni. Tak ada sound la pulak oii.. stress mak jemah.. Hurm... Ok, perkembangan semasa aku? Aku amik lesen kereta. heeee.... Akhirnya...Dan aku membesarkan badan di rumah walaupon setiap hari cakap nak diet.. hahaa... bahagia duk rumah kan. makan je la jawabnya... and Insya Allah bulan 6 ni aku akan sambung master di USM dalam bidang culture. may Allah ease. errrmmm, sebenarnya nak cakap pasal Dr tu tapi aku dah malas cakap sal jodoh. geli tau takk... asyik2 jodoh. ada jodoh, ada la. tak ada. bye2 je la. hahaha.. ok la.. setakat ni je kot.. kepada laptop, please jangan rosak lagi... I love You...............

Tuesday, 24 November 2015

CONVOCATION KE 19 UNIMAS

Assalamualaikum..

Lama giler baru nak hupdate..heeee.. busy la uolls. meh nak start cter. Ok, maka pada 15 November 2015, aku and angah (kembar) secara rasminya berjaya graduate daripada UNIMAS sebagai pelajar ijazah... :) Alhamdulillah, setelah 3 tahun struggle (struggle la sangat :P) , aku berjaya mendapat segulung ijazah dalam bidang Sarjana Sains Muda Dengan Kepujian ( Sains dan Pengurusan Sumber Akuatik). Siapa tak gembira oii.. Masa dalam dewan tunggu nak naik pentas amik sijil, dengar lagu UNIMAS diputarkan, meleleh woo air mata.. ku kesat dengan perlahan. hahahahaa. drama la pulak kan. Di tambah pulak dengan lagu Hari Bertuah khas untuk pelajar UNIMAS yang berjaya graduate.. tahan Nasuha tahan... jangan kasi cair mekap. haahaha.. Alhamdulillah.. Terima kasih ya Allah. Terima kasih mama, papa dan adik beradik yang selalu tolong waktu uda dalam kesusahan. Terima kasih sahabat. Terima kasih pensyarah. Terima kasih supervisor. :) Terima kasih segalanya..




saat amik sijil.. heee... keto tangan mak :P



yeay, finally graduate.. lempar topi nak tiru style orang la kunun tu.. hihi


aku n kembo aku.. nampak tak pipi bulat tu.. omo.. bulatnye lahaiii

hahahaa.. kiss kiss... mulut tak dapat kontrol la 

yeah.. so.. I introduce. my friends forever till jannah.. N.N.N.S.S.S <3





ni pun my friends inshaAllah till jannah :) style idok?? 


haaaa, so tak banyak gambar aku nak upload sebab gambar aku mostly tak cantekkkk.. T.T  hahahaaa.. sebab aku makiiiiiiiiiiiiiiiiiiin bulaaaaaaaaaaattttt.. sob sob.... so, sampai di sisni saja lah.. Jumpa lain kali pulak.. hehehe.. bye.. Salam :)

Wednesday, 30 September 2015

kerja ooo kerjaa

Assalamualaikum.

fuhh, baru sempat update blog. lama nak tunggu update. hurm, so latihan industri dah tamat. apakah perancang for your future. ohmaii. serius  sangat membebankan.. nak cari kerja or master? I wish I could continue on my master tapi I need to find money first. uhuk uhuk. so kena la cari kerja. tapi, ingat senang nak cari kerja? kalau la sesenang tukar baju. ahahhaaaa... Doakan aku dapat kerja  kawan kawan. amin..


p/s: harap- harap dapat duit dari langit T.T

Saturday, 12 September 2015

Praktikal di TUMEC

Assalamualaikum.. lama nya tak update blog.. haha, sibuk barangkali. ataupun mungkin sebab internet ada masalah. so, memang tak sempat nak update. erm, tak lama dah. nak abis dah praktikal. Sumpah, Im gonna miss this moment. dengan Tuan Syed, dengan kawan kawan baru n lama, dan jugak dengan staff staff kat sini. dorang semua sangat baik dan "satu kepala". haha. so, dari awal la aku akan cerita. perjalanan praktikal aku di TUMEC ataupun lebih dikenali sebagai jabatan perikanan daerah Rantau Abang.

kitaorang ( aku, yasirah dan Aqira) daftar diri ke TUMEC pada 6 hb Julai 2015. Masa mula2 datang kitaorang disambut mesra oleh kak ani. siap jemput duduk dan rehat. lepastu , kitaorang meeting terus dengan pengarah TUMEC, Tuan Syed. Mula-mula nampak dia punya muka.. perghh, scary. hahahaha.. tapi bila lama korang ngan dia, korang tau la dia camne. malas la nak explain. haha. lepas tu, kitaorang dipertemukan dengan budak2 UMT (Hajar, Fasiehah n kak Fiqah). mula2 bajet malu la kononnya. haha, lepas tu, amik kau. sama2 satu kepala gila2. hahaha.

Kitaorang punya praktikal more to outstation. Terima kasih pada praktikal ini kerana melalui praktikal ini aku dapat berjalan satu semenanjung. Memang banyak la tempat aku pergi. contohnya: Ma'daerah, Cherating, Mersing, Pahang, P.Pinang, Sigari (Perak), Melaka, Pulau Redang, Pulau perhentian, dan jugak Cameron Highland.

Tuan Syed ni sangat baik dan satu kepala ngan kitaorang. so, bila kena marah dengan dia memang semua akan sedih. sedih sebab buat Tuan marah. comel sangat semua orang. ahahahaha. manja la kononnya.  heheee...

ni la Tuan Syed kitaorang. Suka sangat gambar ni. <3

semua tengah kena lecture ngan Tuan mengenai teknik yang betul nak korek lubang penyu. haha, muka sensorang >.<

Pantai Mak Kepit, Pulau Redang

Teknik memegang penyu yang betul (bajet ayu dulu :P)



cameron highland, peacee :)


Mersing, Johor. Bajet-bajet model dulu :)

Program Pelepasan Penyu bersama Sultan Terengganu

Cameron lagi....

lagi.....

AQUARIA KLCC :)

Dalam hati "wahai pujaan hati, bila kah kau nak muncul >.<"


Pantai Kemasik (dikatakan pantai yang tercantik kat Malaysia)


Mengiringi penyu di Ma'daerah pulang ke lautan luas.. eksited sangat masa mula-mula dapat tengok penyu real depan mata

lastly, here we are. eight of us. LI AF TUMEC 2015.


Alhamdulillah diberi peluang berkenal dan berpraktikal dengan kalian semua. Sangat awesome, daebak, sporting and lovely. Love you all. 
#internlife
#terimakasihtuansyed
#foreverpenyu
#TSAjerpunn
#alhamdulillah








Monday, 29 June 2015

alone in klia 2

Assalamualaikum.

yeah. im alone. not for the first time. agak frust. bukan sebab seorang kat klia 2. frust sebab duit kena curi. walaupun seratus ringgit je. it still money. dan aku sakit kepala. thinking about that. tak tau la sape yang berani bukak purse aku dan masuk bilik aku.curi masa aku tak sedar. may Allah yang balas semuanya. kecewa. sedih. ada semua.  now, aku kat kfc tingkat 3 klia 2. menunggu flight ke kb jam 7 pagi. online ke.. apa ke. tak kisah. masih aktif di klia 2. masih bising, so, tak rasa sunyi sangat. ramai jemaah jemaah haji. ramai student. lupakan masalah. jom hadam kfc.

Friday, 12 June 2015

makan make makang

Assalamualaikum..

so for the past two days, kitaorang asyik makan. makan dan makan... rosak diet T.T.. memula makan masa FYP... pastu makan dengan Prof shab.. pastu mpotluck ngn geng2 akuatik.. pastu makan kat topspot dengan senior master.. fuh fuhhh.... alhamdulillah..hahahaha



tengok orang tengah semangat makan tuuu


kat topspot...haha..best gilaaa