Assalamualaikum. Lama jugak tak update blog kan. So, now aku tengah berada dalam keadaan tak ada mood nak buat apa apa. Apa-apa yang dimaksudkan tu kerja rumah, kerja master, kerja kerjaa... Serius, I wish masa terhenti kat weekend ni. Haha, nampak tak dah tak de mood untuk semua. Dah malas nak buat apa apa... T..T
Ok, dalam minggu ni masalah kerinduan melampau lampau. Bila duk saje je, sang Syaiton datang membisikkan memori dulu. Haha, serius. Sangat rindu kat someone tu. Tapi bila ego kan... Dia mesej pon aku tak nak balas. Aku biarkan bluetick. Padahal, rindu ya ampunnnnn.... :(
Ingat senang nak lupakan, cisss. Susah oo.. Kerja banyak, tapi emosi nak menguasai.. Sigh.. Thats why aku cuba alih perhatian dengan cara cuba nak fefeeling kat orang lain. Senang cakap, aku nak cipta crush baru supaya aku dapat move on.. Sesi luahan hati lak, sila muntah.. hahaaa. Guys, nak bagitau ni. Siapa cakap orang perempuan cepat move on? No guys.... Amik masa ooooo.... ok dahh.. Asal taip post kali nin nak citer sal perjalanan master aku tapi terjadi sesi luahan pulak.
Ok, straight to the point. Master in Science, Technology and Sustainability at University Malaya. Yup, itu kos yang aku pilih. Bycourse. Maksudnya kena pergi kelas macam masa zaman ijazah dulu. yang special nya, kelas kitaorang hanya pukul 6 petang sampai 9 malam. tapi biasanya tak lama macam tu la. kenapa dia buat malam? Sebab kebanyakan pelajar master yg amik bycourse ni pekerja. Kira lepas waktu kerja, terus datang kelas. Macam aku. But, masa mula mula aku amik kos ni. Aku nak escape dari research, tapi salah guys.. kami ada research jugak. 12 kredit. Tapi research dia lebih kurang macam FYP/VIVA masa degree dulu. So far, amik master by course kat UM ni ok. Ramai or senang cakap majoriti dapat GPA 3.5 above. Kenapa? Sebab untuk lulus tanpa repeat paper dalam kos master di UM ni, kitaorang kena dapat grade at least B+. Maksudnya, kalau dapat B or B-, or lagi bawah dari tu. Memang kena repeat. Syarat nak graduate mesti pointer 3.00 above. Sebab tu tak boleh dapat bawah dari B+. Owh, one more thing. Bila amik master bycourse, kena siap sedia la untuk assignment yang tahap master. 60% carry mark come from your assignments and presentation. Yup, sangat banyak assignment and presentation. Tapi tak de la sampai tahap depressed sebab banyak sangat. Hahaaa.. Ok, so far tu je dulu untuk perkongsian. Bye byeee..
No comments:
Post a Comment
comment