Assalamualaikum
Ditemani kesunyian pada jam 2.35 pagi
memberi aku masa
untuk mendapatkan idea
untuk berfikir sejenak
mengenai pelbagai perkara
yang telah datang
dan akan datang dalam hidup aku
kemana tujuan aku
kemana destinasi aku
pada masa akan datang
apa kerjaya aku
macam mana kehidupan aku
adakah aku akan diberikan peluang
untuk meneruskan hidup
untuk bernafas esok
hahhh (menghela nafas)
bersyukur masih depanjangkan umur
diberi kesempatan
untuk menghirup gas oksigen
dan menghembuskan gas karbon dioksida
bersyukur
masih ada keluarga
masih ada kawan kawan
masih mampu membeli makanan
bersyukurkah aku?
dengan apa yang dikurniakan
sempatkah aku merasai
pahit manis prjuangan
untuk menjadi seorang muslimah sejati
untuk mengejar gelaran PROF (ahh,terlalu tinggi angan angan)
semuanya percaturan hidup
kita mampu mengubah takdir kita
kita mampu mengejar cita cita kita
semuanya memerlukan usaha
pengorbanan.
yee,pengorbana..
mampukah aku mengorbankan tenaga untuk berusaha?
tepuk dada tanya selera
manusia tak diciptakan pandai atau bodoh
tetapi manusia tu sendiri yang menentukan
sama ada dia pandai atau bodoh
masih belum terlambat untuk melakukan perubahan
masih belum terlambat
selagi diberi peluang untuk bernafas
manfaatkan sepenuhnya
aku akui
aku memang seorang yang mudah putus asa
semangat aku hanya sementara
ibarat hangat hangat tahi ayam
aku perlukan pencetus semangat
aku berusaha
berusaha
aku dah lali
lali dengan kutukan, cacian dan pandangan rendah orang terhadap aku
bahkan pernah seorang kawan ku menyakiti hatiku
berkata sesuatu mengenai tubuh badanku
sehingga kini dia masih gemar mempersendakan aku
aku terasa
ye, aku terasa dalaman
tapi aku tak nak tunjuk
aku berpura senyum
tiada apa terasa
cukupla aku terasa sekejap
masa berlalu
bersama perasaan terluka tu
aku sayang hubungan persahabatanku
aku ingin ia kekal
untuk kekalkan
aku perlu korbankan
korban perasaan
aku suka guna kan satu tag ni
BE HAPPY
yes.. always smile
senyum walaupun sakit dalam
aku tak nak jadi insan yang mudah terasa
aku nak jadi insan yang mampu
mampu mengembirakan hati orang lain
setelah 20 tahun diberi masa untuk hidup(alhamdulillah)
aku akui
aku mengenali pelbagai jenis manusia
pelbagai jenis ragam
aku kena terima kekurangan dan kelebihan setiap manusia
setiap manusia memang ada kelebihan dan kekurangan
pernah datang satu saat
dimana aku rasa aku ingin hilang
hilang buat sementara
aku nak tengok
apa keluarga aku
dan kawan aku lakukan
adakah mereka risau
ahh,emosi pula
jarang aku nak beremosi begini
...................
aku rasa
cukupla sampai sini
maaf panjang
ni hanya la coretan
luahan perasaan aku
dikala sunyi
lolololololololololololololollololol :p
ReplyDelete-_-" mohon jangan spoil mood aku :P
ReplyDelete