Assalamualaikum.
sedih,bila bukak je FB aku nampak pelbagai pihak cuba untuk mencipta sesuatu yang tak masuk akal. Dikaitkannya dengan kehilangan MH 370.. apa ke bangangnya korang masih sempat mencari publisiti disaat semua orang tengah bersedih atas kehilangan pesawat mas MH 370. Naik angin jugakla aku bila tetiba lagu pitbull dikatkan dengan kehilangan ni. untuk maklumat lanjut,korang boleh bukak blog ni... aku malas nak cter panjang. .http://blogserius.blogspot.com/2014/03/membongkar-teori-lagu-pitbull.html
Aku cuma percaya pada satu je.. ini semua kejadian ALLAH.. Bila Allah menguji hambaNYA, Allah tahu yang hambaNya mampu mengatasi masalah tu..
Kapten Norudin Abdul Majid punya kata -kata dalam temu bual bersama TV3:
Host: "Tapi, apa bacaan kpt. daripada titik akhir (radar pesawat Boeing 777 MH370) itu?"
Kpt. Noruddin: "Hilang!"
Host: "Kemana?"
Kpt. Noruddin: "Full Stop!. KITA ORANG BERIMAN, ALLAH SWT. MENENTUKAN SEGALA-GALANYA, DUNIA INI KEPUNYAAN PENCIPTA"
Host: "Kalau ia hilang, apakah ia boleh ditemui?. Dan kalau ia ditemui apa cara untuk ia ditemui?"
kpt. Noruddin: "ALLAH SWT. MEMBERI KITA SEGALA CARA DAN KUNCI UNTUK MENEMUI APA SAJA. Jadi kita mestilah menggunakan kebolehah, pengetahuan, kepakaran, orang-orang tertentu untuk mencari pesawat ini.
Host: "Dalam 1minit, siapakah orang-orang tertentu itu? Apa yang boleh dilakukan?"
Kpt. Noruddin: "DOA DARIPADA ORANG-ORANG SOLEH, YANG DEKAT DENGAN ALLAH SWT, DAN JUGA KELUARGA KERANA DIA SEDANG BEREMOSI. DAN ALLAH SWT LIHAT KETIKA ITU"
Tu kata kata seorang yang beriman. Kita kena yakin dengan ketentuan Allah SWT. Dan kita sebagai umat islam, jangan pernah berhenti mendoakan keselamatan mereka yang berada dalam pesawat MH 370. Amin.


No comments:
Post a Comment
comment