Saturday, 30 August 2014

Final Year Project ke Pulau Patuk dan Bruit :)

Assalamualaikum kawan kawan terchentaa~~

okey, kali ni aku nak cerita pasal field trip aku ke  pulau Patuk dan Bruit. Kawasan ni terletak di daerah Daro, bandar Sibu. Seriously, aku dah start rindu nak p sampling. haha.. okey meh bersihkan habuk habuk dan sesawang di blog ni dulu. fuhh fuhh.. ok dah bersih. baru aman nak citer. so, perancangannya kami akan ke field selama seminggu bermula  pada 20/ 8/ 2014. Sebab tu kalau orang tanya asal kami datang awal UNIMAS, sebab kami student akhir tahun. ehem ehem.kami ada project akhir tahun (riak sikit) . aku dan kawan kawan aku berada di bawah naungan Pof Shabdin a.k.a ayah kami..hihi.  Dia sangat baik and helpful.. Disamping tu, kami juga ditolong hampir 100% oleh akak akak PHD iaitu kak zakirah dan kak tira. Dorang memang sempoi gila and both of them are married women.kak tira tengah pregnant hokey.. hihi.. so sweet..

okey, perjalanan kami bermula di tempat parking kereta di FSTS jam 8 pagi.. kami bersiap siap, angkat barang barang nak bawak ke sibu and bertolak la.. ada satu van and satu storm. kami semua naik van manakala lab lab demo naik storm. tapi prof dengan anak (nurse dia) naik flight dari kuching ke sibu sebab kesihatan prof tak okey sangat.. tapi prof sangat kuat. dia tak tunjukkan pada kami pon yang dia tak sihat. that's why I admire you.. :) perjalanan kami mengambil masa 8 jam dari kuching ke sibu. nak sampai Daro tu amik masa 2 hari jugak sebab ferry dah ttup kul 6. so, kami sampai sibu dah lewat. terpaksa bermalam di sibu dulu sebelum esok paginya bertolak ke Daro.

so, sampling aku berkaitan ketam ketam yang tinggal di kawsan mangrove atau sekitar pulau tu.. aku ada 6 stesen. kira 6 tempat berbeza la aku kena tangkap ketam.. camne aku nak g setiap stesen tu? of course la dengan bot nelayan tu.. mula mula tu memang la mabuk laut.. tapi sekali je. lama lama dah lali. hihi.. aku nye sampling memakan masa 3 hari je.  kawan kawan aku yang lain 2 hari je sebab dorang dah dapat cukup sample dalam masa 2 hari je. tapi memang best. aku  tak jelez pon masa dorang tak payah g sampling. sebab aku dapat naik bot and pergi tangkap ketam. oh, btw kawan kawan aku panggil aku mak ketam..ceh.. so, aku bagi gelaran gak kat dorang.  dyba dan qira aku panggil mak cacing dan fifi, syira aku panggil mak copepod. haha..

Masa field trip ni kami semua dapat merapatkan hubungan kami semua, termasuk bersama prof, labs demo dan akak akak pHD.. :)  Thank you so much kepada Prof Shabdin, labs demo ( Encik Zaidi, Abg Lan, Encik Nazri ), akak akak pHD ( kak Zakirah dan kak tira),  abang  driver van dan storm dan jugak anak Prof Shabdin ( kak Dayah). Tak lupa jugak pada encik nelayan yang membantu kami melakukan sampling.

Dan sekarang aku just selitkan gambar gambar.. biarlah gambar  berbicara :)


 ni la sarapan kami setiap pagi. Menumpang jasa baik rumah kembar aku :D

kami bertujuh anak anak prof Shab
fifi, aku, dyba, syirah, aqira, zara dan jay.( bermula dar depan kiri)

ni barang barang yang kami bawa ke Daro menggunakan storm :)


kak tira dan kak kirah bersama mak copepod. 

sign akan menaiki ferry. haha. untuk ke daro kami naik ferry 2 kali.


aku dan fifi ( mak copepod) sempat berposing di jeti sementara menunggu ferry.

ready to board on ferry

suasana pagi di bandar Daro



mak datin in the boat yoww..


ni masa last day sampling dalam keadaan hujan lebat. 


mengutip ketam ketam dengan bantuan syahirah ( mak copepod jugak)



uncle boat ni ajar cara kutip ketam..tepuk tepuk nanti baru ketam keluar.haha

okey, aku jelez dengan gambar ni sebab gambar aku tak de.. yang tengah tu prof shabdin :)

dah sedia di atas boat. cek dulu pastikan barang semua dah lengkap.


ok smile :) masa di atas boat


okey, so tu je la apa yang aku nak ceritakan sepanjang field trip aku di pulau patuk dan bruit.  sesungguhnya ini merupakan salah satu pengalaman manis bagi aku. and in sya Allah I'll continue my master in crab course.. heeee... wish me luck

p/s: mood malas menaip.. :P

No comments:

Post a Comment

comment